Wednesday, August 19, 2009

AL-FATIHAH kepada arwah KAMARIAH a.k.a OPAH

19.8.09..ni adalah tarikh yang sangat menduka cita buat kami sekeluarga..terutama sekali mama aku yang telah kehilangan ibu beliau..pagi rabu, satu-satu yer opah yang aku ada dalam dunia telah menghembuskan nafasnya yang terakhir..AL-FATIHAH..

Agak terkilan skali kerana aku tidak sempat melihat wajahnya buat kali terakhir..sangat2 terkilan..seminggu lebih opah aku tak sihat..semput dan selalu sangat cepat penat..opah dihantar ke hospital untuk rawatan..alangkah nasib dier, bacaan kencing manis dan darah tinggi sukar untuk di baca..di waktu pagi bacaan dier rendah dan di kala siang naik mendadak..apatah lagi malam..keadaan ini berlanjutan seminggu..sampai opah tak bermaya..opah dibawa pulang ke rumah mak cik aku..mama aku n makcik2 lain bergilir2 jaga opah..memang keadaan dier tak stabil ..

Sampai satu tahap opah da terlantar atas katil..tak boleh cakap dengan sempurna..seolah2 kanak2 @ baby..kesian bila aku dengar mama cerita tentang keadaan opah..masa tu aku da kat JB untuk menguruskan hal2 konvokesyen ku..memang aku tak dapat nak jengok dier lagi..tambah lagi hari rabu minggu lepas aku ader interbiew..

Nak jadi kan cerita, mama aku sangat redha dan berserah kepada Illahi untuk menghadirkan diri ke majlis konvokesyen ku pada hari ahad lepas..dalam keadaan opah aku yang sangat nazak..terima kasih mama kerana sanggup hadirkan diri untuk melihat kejayaan anak dia..hati kami memang tak senang n risau keadaan opah aku sekiranya apa2 akan berlaku di waktu majlis konvo aku ..jauh berbatu2 nak kejar balik ke Sabak Bernam..alhamdulilah waktu opah masih ada..

Keesokan hari,keadaan opah bertambah nazak..mama terus pulang ke Sabak Bernam..dan aku tak dapat balik agi sebab perlu menghadirkan diri tuk 2nd interbiew di company yang sama pada hari selasa..aku bharap sangat sempat jumper opah..tetiba pepagi selasa, aku dapat mesej dari kakak aku ynag mengatakan opah da nazak sangat2..aku terus call mama..mama kata pergi dulu interbiew tu..serba salah aku nak pergi..hati tak tenang langsung nak pergi..ikut kan hati,memang aku nak terus jerk beli tiket pepagi balik Sabak Bernam..atas nasihat mama dan Mr. Ib, aku pergi juga interview tu..

Balik jerk dari Interbiew tu,kelam kabut aku g Sri Putri g cari tiket..nasib tak baik,tiket terus ke Sabak da lepas..10.30 pagi n 10.30 mlm jerk ader..time tu aku g da pukul 11.30..huhu..tpaksa la aku n kakak aku turun Kl dulu 1.30..sebaik sahaja aku balik Utm n park moto, dapat kol dari angah..


'adik..opah da tak der..'

Termenung aku jap..tak terkata da...huhuhu..menitik air mata..memang aku speechless..macam2 dalam kepala otak aku ni..dalam keadaan aku yang sangat jauh ni nak balik..last2 aku tak sempat nak jumper opah sebab dier ditanamkan selepas asar..memang tak sempat la nak kejar masa..

Sampai Kl pun da pukul 6..dengan bas yang sangat lembab..angah aku tunggu kat Serdang n kami terus pecut balik Sabak..masyallah sampai Sungai Buloh, hujung selebat2 yang alam...lebat yang sampai tak nampak jalan..dugaan betul nak sampai..hem lebih kurang kui 10 mlm bru sampai..huhuhu..

Semua family ada kat sana..suram keadaan..sampai2 jerk kami terus wat tahlil..sedekah kan Surah Yassin kat opah..aku doakan opah ditempatkan digolongan2 yang beriman..maafkan kesalahan aku..

Marilah kita sedekahkan Al-Fatihah buat arwah opah aku yang telah kembali ke rahmatulah semalam...

Al-Fatihah

p/s : hari yang sama aku dapat berita gembira dan berita duka...berita gembira buat aku dan yang tak bper nak gembira wat mama..aku da dapat keje di Jb..maka dengan ini,aku n mama terpaksa berjauhan lagi..ni jalan yang aku pilih..nak tak nak aku kene tempuhi..harap2 aku dapat lalui waktu2 yang sukar dengan tenang..jalan ini yang pasti berliku2..akan ku pastikan jalan2 seterusnya akan lurus tanpa halangan bila tiba waktunya..

3 KOMEN:

yanna yazed August 19, 2009 at 11:08 PM  

takziah maziah... semoga dia di kalangan kekasih-Nya...

fiQ gurLz August 19, 2009 at 11:38 PM  

al fatihah...takziah...
b strong k...
c u next week!!

Kasih August 20, 2009 at 7:36 AM  

thanks smu..
yup..be strong..
hidup msh diteruskan..
al-fatihah wat arwah..
amin...