Saturday, March 21, 2009

AKU DAN DIA

Dia insan yang ku cinta...
Dia insan yang ku sayang...

Jarang sekali aku menceritakan mengenai siapa Mr.IB yang sebenarnya..kami bertemu tanpa diduga dan tanpa diminta..hadirnya seorang insan yang merwarna-warnikan kehidupan aku yang dahulunya suram..kelam..aku yakin dia juga sepertiku..

Mr.Ib atau nama sebenarnya Mohd Ibthisham bin Ardani adalah seorang insan yang hadir dalam kehidupan aku hampir setahun yang lepas..dia juga insan yang bertakhtah dalam hati aku..dia insan yang sanggup menerima baik buruk aku,setiap kelakuan aku, dia tidak pernah membenci dan mengomel tentang diri aku..kerana dia sendiri tahu tiada insan yang sempurna di muka bumi ini..biarkan orang mencaci dan menghina diri dia, dia tidak pernah membalas dan hanya bersabar..kerana pada dia, setiap perbuatan pasti allah membalasnya..aku setuju dengan prinsip hidup dia..sejak aku bertemu dia, aku juga serba sedikit menjadi seorang yang penyabar jika berbanding aku yang dahulu yang pantang dijentik pasti aku jerkah serta-merta.

Mr. Ib insan yang dilahirkan di Johor dan aku yang dilahirkan di Perak menjadi satu pengalaman yang besar bagi aku bercinta dengan insan yang berlainan negeri..terlalu banyak yang kami berkongsi bersama..bersusah payah bersama menyelesaikan setiap masalah kami..sejak kami memulakan alam pencintaan ini, kami jarang sekali bertekak dan bergaduh..sekadar merajuk biasa sahaja..tiada perpanjangan dan meleret..masing-masing sudah matang untuk menilai setiap pelakuan sendiri..

Mr.Ib tidak pernah jemu menolong aku..aku amat berterima kasih kerana dapat mengenali dia. Dia juga tulang belakang Yumm Yummylicious..sanggup membantu aku membeli barang, delivery, memberi idea dan mengkritik..dia juga seperti papa aku..

Kedua orang tua kami sudah mengenali diri masing-masing..alhamdulilah kami diterima kedua2 pihak..tiada halangan antara kami setakat ini..aku juga sudah mengenali keluarganya dan Mr.Ib juga sudah mengenali keluarga aku..cuma mama aku kuathir anaknya akan berjauhan dengan dia selepas ini memandangkan 2 menantunya orang Perak yang sudah pasti tidak jauh seperti aku..

Aku berharap kali ini ada penghujungnya..akan ku usaha menjaga dan terus berusaha untuk cinta ini..semoga cinta berpanjangan..aku tidak tahu bagaimana keadaan aku jika dia tiada dan meninggalkan aku..seboleh-bolehnya aku tidak mahu menempuh keadaan itu..kita hanya merancang,allah yang menentukan..sekiranya ada jodoh maka, adalah kami di jinjing pelamin dan sehingga nafas terakhir..

p/s : gambar Mr.Ib semasa kami jenjalan di Zoo Singapore..

0 KOMEN: