Monday, February 2, 2009

AKU dan SAHABAT......

SAHABAT.....aper ertinya hidup tanpa seorang yang bergelar sahabat...perkongsian hidup bersama seorang insan adalah cukup bermakna... SEDIH..KETAWA..SUKA..DUKA..KECEWA..TANGIS.. adalah satu kisah coretan hidup setiap insan...aku berbangga kerana mempunyai seseorang yang bergelar sahabat...persahabatan yang terjalin sejak dibangku sekolah lagi, ini cukup bermakna bagi aku..tanpa dia pasti aku tidak sekuat ini...tanpa dia tidak mungkin aku sebahagia ini...kami seringkali berkongsi cerita,rahsia dan segalanya...

Aku pernah terluka seketika dahulu...amat peritku rasakan.sahabat itu lah yang membangkitkan aku semula.DIA lah yang saban hari meneman aku ketika aku gundah gelana...saban hari aku menangis disisinya tanpa merungut dengan telatah aku yang seperti anak kehilangan ibunya...suatu ketika dahulu juga aku pernah megalami kecelakaan di suatu malam bertahun yang lalu,Dia lah yang datang pada aku untuk menenangkan aku...dan dia lah yang bersusah payah menolong aku.insan yang sepatutnya hadir,tetapi tiada disisi aku ketika itu..tetapi seorang sahabat setia menemani aku datang padaku.aku sangat berterima kasih kepada DIA..tidak dapat ku balas jasa DIA...tidak dapatku bayangkan bagaimana tanpa dia ketika itu..dengan siapa aku harus mengadu..kasih sayang yang dilimpahkan olehnya cukup bererti dalam hidup aku...

Kini,insan yang bergelar sahabat itu sudah dimiliki orang...25/1/2009 adalah tarikh keramat di mana dia telah bertukar status...sungguhku gembira dan selebihnya bersedih hati kerana aku kuatir kami akan berenggang...tetapi itu hanya illusi semata-mata...kami masih bergelar sahabat yang setia..di malam pernikahan dia,aku menitiskan air mata tanpa disedari olehnya...aku tidak pasti apa makna sebalik titisan air di mataku..adakah gembira atau duka...sungguh ku tiada jawapan untuk itu..mungkin kerana dia tidak mungkin seperti selalu seperti mana kami lalukan..DIA mempunyai tanggungjawab yang besar untuk dipikul...aku berharap DIA mampu dan kuat untuk itu..dan di hari gilang gemilang DIA itu, aku lah yang sebagai sahabat membantu DIA dalam segala hal...itu sahaja yang termampu aku lalukan untuk DIA...aku mahu DIA merasa gembira pada hari tersebut...dan aku berusaha untuknya...sanggup ku tidak menghadirkan diri di dua perkahwinan sepupu dan kenalan rapat papa n mama aku hanya semata-mata untuk DIA...aku berbangga kerana aku sudah buat yang terbaik untuk DIA..aku tidak meminta satu pun balasan untuk itu..tidak ku pinta emas sebesar gunung everest, darahmu sebalang..tiada apa-apa ku pinta...ini adalah kerana dia adalah sahabat aku...

Ini adalah hanya coretan aku yang ikhlas dan tulus dariku untuk DIA...untuk pengetahuan mu wahai sahabat,kamu sangat bererti dalam hidupku...papaku sering kali gusar apabila kau melangkah ke alam itu...mungking papa ku kuatir anaknya akan bersendirian...dan dengan kata-kata mu malam tadi membuatkan dada papaku lapang dan berbangga anaknya mempunyai sahabat seperti kau...terima kasih SAHABAT...terima kasih atas segala-galanya kerana sudi menjadi sahabat aku...harapan aku semoga kita akan berkekalan menjadi sahabat sepanjang masa dan akan diwarisi oleh anak-anak kita kelak..INSYALLAH...

SAHABAT&DIA adalah NURUNNAJAH BINTI AMIRRUDIN.....


"Persahabatan tidak terjalin secara otomatis tetapi membutuhkan proses yang panjang seperti besi menajamkanbesi, demikianlah sahabat menajamkan sahabatnya. Persahabatan diwarnai dengan berbagai pengalaman suka dan duka, dihibur-disakiti, diperhatikan-dikecewakan, didengar-diabaikan, dibantu-ditolak, namun semua ini tidak pernah sengaja dilakukan dengan tujuan kebencian."
(dipetik daripada Putut Ardiyanto)

0 KOMEN: